Saturday 13 September 2014

Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)



* OIC ialah singkatan kepada Organization of Islamic Conference atau Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam.
* Organisasi antara kerajaan yang dianggotai oleh 57 buah negara Islam daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika.
* Bertindak sebagai forum khusus untuk negara-negara Islam bagi mewujudkan perpaduan sesama Ummah khususnya konflik antara Israel-Palestin.
* Ditubuhkan pada 1971 atas cadangan Malaysia. Tunku Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama dan pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi.
*Malaysia berpendapat bahawa hubungan dengan negara-negara Islam sangat mustahak.
* Pertubuhan ini bermatlamat mewujudkan kerjasama antara semua negara Islam dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan teknologi,pertukaran maklumat kewangan dan sebagainya untuk meningkatkan Syiar Islam.
* OIC berperanan membendung segala unsur jahat yang menindas umat Islam di seluruh dunia.
* OIC akan menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum-hakam yang dihadapi oleh umat Islam sejagat.
* Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan OIC seperti penubuhan Bank Pembangunan Islam atau menangani masalah yang dihadapi oleh negara-negara Islam. Antaranya ialah mengkritik campur tangan Rusia di Afghanistan, menyokong perjuangan rakyat Palestin, mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia Herzegovina dan membangunkan ekonomi serta sosial negara Afrika dengan membina infrastruktur ekonomi dan pembangunan.


* Malaysia telah menganjurkan Musabaqah al-Quran pada tiap-tiap tahun.
* OIC turut memajukan pendidikan dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia dengan penubuhan universiti-universiti Islam seperti Universiti Al-Azhar , Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan sebagainya. 
* Antara usaha yang dilakukan oleh Malaysia adalah memberikan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa peperangan di Chechnya.
* Negara Malaysia telah diberi kepercayaan untuk terlibat dalam beberapa jawatankuasa penting dalam OIC seperti Kumpulan Bosnia Herzegovina , Kosovo , Palestin , Somalia dan Sierre Leona, dimana Malaysia ialah pengerusinya.
* Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada banyak persidangan dan mesyuarat yang penting. Contohnya, Sesi Luar Biasa dengan menteri-menteri Luar Negara Islam mengenai keganasan ( 1-3 April 2002 )
* Kejayaan yang besar bagi pertubuhan OIC ialah Amerika Syarikat dan Britain mengiktiraf peranan Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC ) dalam mengembalikan keamanan dan kestabilan di Iraq dan Palestin.

No comments:

Post a Comment